MENYIMPAN KENANGAN  
  MUKA DEPAN:: :
   
 
Salam Perkenalan

 

Alhamdulillah, hasrat saya untuk menulis sebuah panduan senifoto dalam Bahasa Malaysia menjadi kenyataan setelah terbinanya laman sesawang ini bermula 13 Oktober 1999.

Panduan senifoto ini pada asalnya ditulis untuk kegunaan pelajar Kursus Senifoto Program Ko Korikulum Universiti Kebangsaan Malaysia tapi setelah saya merasakan kandungannya perlu disebarkan kepada masyarakat umum, maka saya telah membangunkan sebuah laman sesawang dengan menggunakan tapak web Tripod. Alamatnya http://alamsenifoto.tripod.com.

Setelah hampir empat tahun menggunakan alamat tersebut saya memikirkan sudah tiba masanya menggunakan server yang bercirikan Malaysia. Justeru saya telah memindahkan semua kandungan Alam Senifoto ke server UKM tanpa mengubah kandungan nya. Alam Senifoto kini hadir dengan rekabentuk baru.

Semoga dengan wujudnya Alam Senifoto ini akan memberi pilihan untuk masyarakat Malaysia khasnya dan di nusantara am yang menggunakan bahasa Melayu untuk mendapatkan ilmu fotografi yang kian berkembang setelah munculnya era digital.

Menjadi harapan saya agar laman web ini digunakan sepenuhnya untuk menghubung silatulrahim. Saya mengharapkan jika anda telah mahir dan menjadi seorang yang professional, janganlah menjadikan senifoto sebagai wadah untuk digunakan sebagai menyalurkan fitnah, maksiat dan sebagainya. Jadilah seorang professional yang bermaruah dan beretika! 

Ini kerana senifoto boleh diibaratkan seperti pisau; "Boleh membunuh dan boleh membantu dalam kehidupan seharian kita".

Sebarang teguran dan cadangan membina amat dialu-alukan. 

Sekian.

Abd.Raai bin Osman

 

 

PANDUAN SENIFOTO
ANUGERAH
BUAL SEBENTAR
BUKU PELAWAT
FAKTA
FORUM
GALERI
PAUTAN
PENGHARGAAN
PROFIL
SOAL JAWAB
BLOG PERIBADI :
PETA LAMAN

Semua karya; tulisan, foto adalah milik:Abd. Raai bin Osman @RaaiMan. Kecuali jika dinyatakan sumber rujukan. 

Adalah amat dikesali jika berlaku pelagiat, penyalinan sama ada dalam bentuk apa sekalipun. Sebarang penyalinan hendaklah mendapat keizinan daripada penulis terlebih dahulu. Penghargaan yang sepatutnya perlu diberikan.

Pendapat dalam ruangan Soal Jawab dan Forum tidak semestinya pendapat penulis. Sebarang teori yang huraikan merupakan hasil rujukan, pengalaman penulis. Justeru perbezaan mutu adalah tidak menjadikan keputusan muktamad.


Abd. Ra'ai bin Osman; 
Universiti Kebangsaan Malaysia,
436000 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
13 Disember 1999.

E--Mel:raaios@ukm.my